Saturday, October 14, 2006

MADU TUALANG YANG TERSOHOR

Sabda Rasulullah, "Demi Allah yang aku dalam
genggaman Nya, minumlah madu.
Malaikat akanmemohon rahmat pada penghuni rumah yang
ada madu di dalamnya. Jika seorang itumakan madu,
seribu ubat masuk keperutnya dan sejuta penyakit
keluar
darinya."

MADU NURUSSYIFA



Allah Cahaya di langit dan di bumi.
Dia lah wali dan Rabbi dan Maula kita.
Antara cara pengubatan di Nurussyifa adalah menggunakan MADU dan alhamdulillah kita mempunyai banyak pilihan antara madu lebah asli dari Malaysia yang terbaik iaitu Madu Lebah Tualang atau Madu lebah asli dari benua arab seperti madu Kahula.


Firman Allah, mafhumnya;


"Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: "Hendaklah engkau membuat sarangmu pada gunung-ganang, dan pada pokok-pokok kayu, dan juga pada bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia".
"Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai) serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkanNya kepadamu" (dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia ( dari berbagai-bagai penyakit)
sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang berfikir" - (Surah An-Nahl, 68-69)


http://www.harunyahya.com/formenofunderstanding03.php
Link mengenai pengajian MADU

ENGLISH VERSION:

Your Lord inspired the bees: "Build dwellings in the mountains and the trees, and also in the structures which men erect. Then eat from every kind of fruit and travel the paths of your Lord, made easy for you to follow." From their bellies comes a drink of varying colours, containing healing for mankind. There is certainly a sign in that for people who reflect. (Surat an-Nahl: 68-69)

Fakta Madu
--------------------------------------------------------------------------------


FAKTA MENAKJUBKAN MENGENAI MADU DAN KESIHATAN ANDA



1. Madu mengandungi vitamin dan antioksidan, tetapi ia bebas lemak, bebas kolesterol dan bebas garam.



2. Anda tidak suka bayam? Minum madu - ia mempunyai antioksidan pada paras kandungan yang sama seperti dalam bayam dan ia baik untuk kesihatan jantung anda.



3. Salah satu antioksidan dipanggil "pinocembrin" hanya boleh ditemui di dalam madu.



4. Sejak bertahun-tahun, penyanyi opera yang bersuara lantang mengamalkan madu untuk meningkatkan tenaga dalam badan dan melegakan tekak sebelum sesuatu persembahan.



5. Madu adalah satu-satunya makanan yang mengandungi semua unsur-unsur perlu untuk kehidupan, termasuk air.



6. Madu mempunyai keupayaan untuk menarik dan menyerap lembapan, oleh yang demikian ia sangat mujarab untuk merawat luka terbakar yang kecil dan mencegah parut.



7. Madu mempercepatkan penyembuhan luka terbuka dan melawan jangkitan.



8. Seawal Perang Dunia Pertama, madu telah dicampur dengan minyak ikan kod untuk merawat dan mencuci luka di medan peperangan.



9. Sains moden telah mengiktiraf madu sebagai agen anti-bakteria, bermakna ia boleh mencegah pertumbuhan sesetengah bakteria, yis dan kulat.



10. Madu dan sarang lebah merupakan bahan asas kepada krim kulit, lipstik dan losyen tangan.



11. Pada awal tahun 1700-an, Permaisuri Anne dari England telah merekacipta bahan campuran madu dan minyak zaitun supaya rambutnya sihat dan bersinar.



12. Menurut Dr. Paul Gold, seorang Profesor Psikologi dari University of Virginia, "manusia dapat mengingati sesuatu perkara dengan lebih baik selepas mereka mengambil glukos, sejenis gula yang terdapat dalam madu"



13. Madu adalah punca semulajadi untuk tenaga segera! Ia membekalkan sumber tenaga tinggi yang mencegah keletihan dan boleh mempertingkatkan keupayaan atlit sukan.



14. Kajian terkini membuktikan sesetengah atlit yang meminum madu sebelum dan selepas acara sukan dapat mengembalikan semula keupayaannya lebih cepat dari mereka yang tidak minum madu.



15. Madu membekalkan 2 peringkat tenaga. Glukos dalammadu diserap dengan cepat oleh badan dan memberikan tenaga segera. Fruktos pula diserap lebih perlahan lantas membekalkan tenaga berterusan kepada badan manusia.




© 2006 www.khaula.com.my. All Rights Reserved. Best view with Internet Explorer 6 and above,screen resolution 1200x900 pixels.

Khasiat Madu Tualang

MADU TUALANG

Sabda Rasulullah, "Demi Allah yang aku dalam
genggaman Nya, minumlah madu.
Malaikat akanmemohon rahmat pada penghuni rumah yang
ada madu di dalamnya. Jika seorang itumakan madu,
seribu ubat masuk keperutnya dan sejuta penyakit
keluar
darinya."
Madu merupakan sejenis makanan yang mengandungi
pelbagai khasiat. Kini kami menawarkan madu asli tulen
Agive dari Hulu Tembeling Pahang.Agive adalah hasilan
100% madu tualang tulen dan hanya dihasilkan oleh madu
lebah tualang sahaja.
Antara kebaikan madu yang telah diketahui umum adalah
:
l menghilangkan kepanasan, batuk serak suara,
mencerdaskan otak serta dapat melembabkan kerongkong .
l Meningkatkan keupayaan tenaga batin. l Melancarkan
sistem pencernaan, baik untuk kecantikan dan
menjadikan kulit licin dan halus ( awet muda). l
Menyelaraskan peredaraan darah, berkesan terhadap
tumbesaran remaja dan kanak-kanak secara normal (
bayi setahun keatas sahaja) .l Meningkatkan daya
ketahanan badan/tenaga. l Mengelakkan dari cepat
mengantuk dan dapat mencegah tanda-tanda selsema. l
Baik bagi wanita semasa mengandung ( 6 bulan ke atas)
dan setelah bersalin (selepas 20 hari). l Dalam
perubatan tradisional, madu telah dimanfaatkan untuk
menahan luka-luka terbakar pada kulit. Jika diusapkan
madu akan dapat mengurangi rasa sakit yang menyengat
dan mencegah pembentukan lepuh (melecur) dan cepat
sekali menyembuhkan kawasan yang terbakar. Kajian ini
telah dibuktikan secara saintifik.
Ciri- ciri madu tualang :
·Lebah-lebah ini bersarang dan menghasilkan madunya di
puncak-puncak pokok tualang (Konpassia excelsa) dan
menjadikannya sangat sukar untuk diambil berbanding
dengan madu lebah biasa dan hanya diperolehi mengikut
musim. Di ambil dari kawasan hutan-hutan tebal yang
terlindung daripada pencemaran alam sekitar .
Lebah-lebah tualang ini juga tidak bersarang di
sebarang pokok tualang. Pokok tualang adalah pokok
yang tertinggi di hutan tropika dan merupakan pokok
yang ke tiga tertinggi di dunia.

LINK http://www.islamonline.net/english/science/topic02-b.shtml